couple

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sunday 31 July 2011

lirik lagu cinta muka buku_najwa latif


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

puisi cinta


Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa
Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi
Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun
Jiwaku sesak…dan kosong…
Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu
Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja
Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta

nukilan cinta untukmu


1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu
2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..
3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biase.... 
5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..
6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

kenape awaq syunk sayerr..???


“Kenapa awak sayang saya?”

Ini memangnya satu soalan killer kepada mana-mana lelaki. Soalan yang nampak simple tapi di dalamnya terkandung berjuta-berjuta pengharapan. Kalau silap jawap, memang nahas jawapnya. Dan paling susah, walaupun lelaki tue rasa dah jawap betul, tapi kepada si awek, jawapan tersebut tidak mencapai standard yang dikehendaki.
Jadi apakah jawapan yang paling sesuai bagi soalan killer ini? Mungkin tips-tips di bawah ini mampu membantu lelaki-lelaki di luar sana yang dihujani dengan soalan ini:-
1. Bila si awek tanya je korang soalan nie, jangan fikir panjang terus bagi satu jawapan. Hentam ajerlah jawapan apa pun. Jangan berfikir atau terhenti sejenak untuk berfikir. Itu akan menampakkan seolah-olah korang tengah berfikir “Betul ke aku sayang kat dia nie“. Silap besar tue beb.
2. Pandang direct ke mata dia. Tenung macam nak makan si awek. Eye contact sangat penting. Masa anda bagitau jawapan tue, renung ke dalam mata dia untuk menunjukkan keikhlasan dan keyakinan anda. Walaupun jawapan anda merapu, Abang Nara boleh confirmkan si awek akan terima jawapan anda.
3. Jangan sesekali guna jawapan seperti “Saya sayang awak sebab awak cun” atau “Saya sayang awak sebab body awak hot macam Enot“. Nanti confirm si awek akan counter dengan kata-kata “Oooo, kalau saya tak cun awak tak suka saya la ek?” atau “Nanti saya dah tak hot awak cari pompuan lain la ek?“. Jawapan ini mampu membuatkan anda clash.
4. Jawapan yang bagus ialah menampakkan betapa lemahnya kita tanpa si dia. Contoh jawapan yang bagus ialah “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak hidup saya sepi semacam je“. Nak yang lagi mantap gunakan jawapan “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak saya rasa jantung saya nak berhenti berdenyut”. Gunakan ayat-ayat menampakkan anda memang memerlukan dia. Confirm cair tahap tertinggi.
5. Kalau anda seorang lelaki kacak, macho dan menjadi pujaan ramai wanita macam Abang Nara, gunakan ajer jawapan nie. “Saya sayangkan awak sebab awak sayangkan saya“. Tapi pastikan anda betul-betul kacak tahap gaban dulu. Kalau tak confirm clash.

5 ayat jiwang korea yg mmpu mncairkan hati para CHIKARO..


Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.
wintersonata
Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.
Jadi disebabkan saya pernah belajar di Korea, izinkan saya berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para Chikaro cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-
Situasi 1
Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..
stairway-to-heaven
Situasi 3
Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.
fullhouse
Situasi 5
Si chikaro yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?
Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si chikaro anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.

ayat - ayat putus cinta~~

aduhhh...kalau putus cinta mesti ckp bende nih..klu sbut bende nih mesti putus cinta...alahai..antara ayat2 putus cinta yg popular gituh..haha
1. thank for everything....(carta num 1)
2. harap awak bahagia bersama si dia..
3. sorry for everything..
4. semua ni salah saya
5.saya sedar siapa diri saya
6. biar la Tuhan yang menentukan
7. mungkin xde jodoh antara kita
8. kau sentiasa dalam doaku..
9. saya sakit.saya x nak awak sedih..
10. saya mengaku saya curang...
11. WA TAK KIRA LU ABG LONG KE..AYAHANDA KHA..haha..nih..main2 je laaa...haha


ps::::::tu la klu x nak dengar ayat2 poyo cm nih..xyah couple dulu k??akhirat..eyh.. salah..akhir kata dari cik icecream selamat beramal dan PEREY selalu..ok???